Dah jadi kebiasaan smartphone yang baru dibeli rosak sebab kurang penjagaan peranti pengguna dengan betul. Masuk air, skrin retak, bateri kembung dan macam-macam lagi lah yang kami jumpa. Bila dah rosak dari kecuaian sendiri, warranty yang disediakan oleh official store pun dah tak boleh guna; rugi lah. Kat sini kami kongsikan tips-tips macam mana nak jadikan smartphone anda bertahan selama yang mungkin. Jom baca!

BELANJA LEBIH UNTUK KESELAMATAN SMARTPHONE ANDA

  • Benda pertama anda perlu buat bila dapat smartphone baru? mesti lah beli casing dan screen protector yang elok. Casing dan Screen protector sangat penting kalau anda nak smartphone anda tahan lama walaupun selalu jatuh. Jangan risau, banyak design menarik yang anda boleh beli.

SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT

  • Selalu pelanggan kami datang nak tukar screen/body smartphone sebab terduduk atau rosak dalam simpanan. Jika simpan dalam beg tangan anda, pastikan ada tempat khas untuk smartphone. Pastikan juga smartphone anda tidak mudah jatuh dari tempat simpanan, maklumlah skrin smartphone sekarang semua besar dan mudah pecah.

JAUHKAN DARI AIR

  • Air adalah faktor utama kerosakan kebanyakan barangan elektrik. Jika smartphone anda tiada keupayaan kalis air, jangan pula bawa smartphone anda terjun kolam! Apa nak buat jika tak sengaja masuk air? matikan smartphone anda dan terus bawa kepada IZMOBILE untuk kami bersihkan sebelum guna seperti biasa.

RAJINKAN DIRI UNTUK BUANG APPS/FILE YANG TIDAK DIPERLUKAN

  • “alamak kenapa lag ni?”. Itu keluhan biasa pengguna smartphone bila smartphone mereka menjadi perlahan/lag bila buka apps. Itu kerana banyak apps sedang “bekerja” dalam satu masa. Bersihkan juga storage anda menggunakan apps seperti CCleaner untuk memastikan peranti berfungsi tanpa merosakkan mood anda!

JANGAN TERLEBIH CAS BATERI SMARTPHONE ANDA!

  • Ini lagi satu masalah yang selalu pelanggan kami alami. Jika bateri anda sering terlebih cas, ia akan merosakkan bateri anda dan menjadi kembung. Bila kembung, ia boleh merosakkan skrin peranti anda. Lebih banyak lah duit anda melayang terbang. Jika smartphone anda nampak macam tak kena, cepat-cepat lah datang ke kedai kami untuk buat pemeriksaan!

IZMOBILE KAJANG
(Smartphone Repair & Accessories)

🏪🏪 No 4-G Jalan Reko Sentral 4 Reko Sentral 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 
Waze: Izmobile Kajang (Bersebelahan AgroBank)

⏱Waktu Operasi:- 
10.00 Pagi – 10.00 Malam 
Isnin – Sabtu
♦Setiap Ahad Cuti

📱Call: 0187744702
http://izmobilekj.wasap.my/

Google maps:-
https://maps.google.com/?cid=16149050561050428712

Instagram: https://www.instagram.com/izmobileacc
Website: https://www.izmobileacc.com .

#kedairepairiphonemurah
#kedairepairiphone
#kedairepairphone
#repairlcdiphone
#kedairepairiphonekajang
#kedairepairphonebangi
#kedairepairiphonebangi
#repairbatteryiphone
#repairscreeniphone
#repairscreenipad
#repairiphonefacetoface
#repairiphone15minit