Berita Baik Untuk Pengguna Iphone.Akhirnya ada DARK MODE pada ios 13🥰🥰

Tema gelap ialah trend semasa yang boleh kami katakan dipopularkan oleh OxygenOS menerusi peranti OnePlus. Seperti Android Q, iOS 13 juga akan mempunyai sokongan tema gelap Dark Mode secara menyeluruh melibatkan antaramuka serta aplikasi yang dihasilkan. Paling menarik ia boleh dijadualkan untuk aktif atau secara manual. Apabila diaktifkan, imej latar belakang juga berubah mengikut tema yang dipilih.

Fungsi ini telah diperkenalkan pada Macos Mojave dan akhirnya akan tiba di telefon anda. Ia akan menjadikan persekitaran UI telefon anda jadi lebih gelap. Bukan saja ia mesra pada mata anda, ia turut menjimatkan bateri lebih-lebih lagi dengan penggunaan panel AMOLED pada iPhone.