Samsung Galaxy Watch Active 2 turut dilaporkan akan hadir dengan bingkai berputar berasaskan sesentuh, iaitu fungsi yang tidak didatangkan pada generasi pertama. Fungsi ini akan berfungsi seumpama bingkai berputar fizikal pada Samsung Galaxy Watch, namun kini hadir berasaskan sokongan sesentuh.
Untuk spesifikasinya, ia dilaporkan akan hadir dengan skrin 1.2-inci (40mm) dan 1.4-inci (44mm) 360×360 Super AMOLED, kaca Gorilla Glass DX+, dan piawaian ketahanan MIL-STD-810G untuk binaan yang lebih tahan lasak. Ia juga bakal hadir dengan storan 4GB, pengesan jatuh, dan sokongan Bluetooth 5.0.

Samsung tidak mengesahkan produk ini akan dilancarkan, namun ia dijangka akan hadir bersama-sama pelancaran Galaxy Note10. Sekiranya ia dilancarkan, kita mungkin dapat melihat pengumuman rasmi mengenai jam tangan pintar ini pada 7 Ogos ini.