Skrin retak seakan-akan menjadi perkara biasa bagi pengguna telefon pintar sehingga kebanyakan kita tidak lagi tergesa-gesa menukar pelindung skrin yang pecah.

Walaupun kelihatan tidak berbahaya, pelindung skrin yang terserpih ini sebenarnya membawa ancaman bagi pengguna.

Menurutnya, dia dimaklumkan doktor yang jarinya terkena jangkitan kuman selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Puncak Alam.

“Namun, jari saya semakin teruk. Sabtu lalu, saya pergi ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan doktor memaklumkan jari saya perlu dibedah.

“Alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan kemungkinan jari saya akan dipotong sekiranya lambat mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur jarinya semakin sembuh dan hanya perlu ke hospital untuk mencuci luka.

Dalam pada itu, Muhammad Azuan Iqbal berkata, dia sangat kerap bermain permainan video atas talian di telefon pintarnya sehingga lewat malam.

“Skrin pelindung di telefon pintar saya memang sudah retak sejak empat bulan lalu. Namun, saya tidak tukar dan masih terus menggunakannya.

“Memang salah saya sebab ambil mudah untuk menggantikan skrin itu dan berharap orang ramai segera menggantikan pelindung skrin sekiranya retak supaya tidak menjadi seperti saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro