“Seronoknya nak guna iPhone! Tak sabar rasanya nak ambik iPhone dekat seller.”

HAH! Sebelum beli tu sila berhati-hati! Maklumlah zaman sekarang ni banyak scammer yang bertauliah!

OK, Jom ikut step dibawah supaya anda tidak kena “game” dengan seller yang korang ingin beli.

  • Pastikan penjual orang yang anda PERCAYA. Call dan pastikan betul-betul sebelum menyambung urusan anda.
  • Sebelum membuat pemeriksaan minta penjual RESET phone tersebut. Jika beliau tak dapat berbuat demikian dinasihatkan jangan beli walaupun semurah mana phone tersebut. Dikhuatiri phone tersebut mungkin bukan milik beliau.
  • PERIKSA LUARAN phone berkeadaan baik dan memuaskan hati anda.
  • Teliti setiap BUTANG berfungsi dengan baik dan memberikan ‘klik’ yang sedap.
  • Masukkan sim kad anda sendiri dan cuba membuat panggilan keluar untuk memastikan NETWORK phone berfungsi dengan baik.
  • Pastikan FINGERPRINT atau FACE ID berfungsi dengan baik.
  • Cuba periksa BUNYI dengan memainkan YouTube menggunakan data daripada sim kad dan juga WiFi
  • Ambil gambar menggunakan KAMERA belakang dan depan. Aktifkan juga fungsi flash untuk pastikan ianya berfungsi dengan baik
  • Periksa juga AKSESORI yang diberi namun tak berapa penting sebab sekiranya rosak, murah sahaja berbanding jika phone tersebut yang rosak.
  • Sewaktu anda membuat langkah diatas pastikan phone tidak berada di dalam KEADAAN YANG TERLAMPAU PANAS. Dikhuatiri jika berlaku, phone tersebut mungkin ada masalah motherboard.
  • Akhir sekali sebelum buat pilihan periksa phone tersebut BEBAS ICLOUD/FRP dan tiada sebarang passcode yang anda tak ketahui.
  • Oh ya tanya juga penjual jika beliau memberi PERSONAL WARANTI jika ada.

#LIKE dan #SHARE jika kalian rasa perkongsian ini amat bermanfaat. #FOLLOW kami IZMOBILE untuk lebih maklumat dan perkongsian menarik tentang dunia teknologi.